Penyeludup lari lintang-pukang tinggalkan minuman keras

Penyeludup lari lintang-pukang tinggalkan minuman keras

RAMPASAN minuman keras yang dilakukan oleh PGA menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang penyeludup lari lintang-pukang meninggalkan minuman keras selepas diserbu anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Serbuan pukul 11 malam itu dilakukan selepas anggota bertugas yang melakukan rondaan rutin menerusi Op Wawasan Kelantan telah melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sejurus menyedari kehadiran anggota PGA suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan kereta tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai lebih 15 buah tong arak dan bungkusan minuman beralkohol pelbagai jenama di dalam kereta berkenaan.

“Kami (PGA) tidak menolak kemungkinan minuman keras itu disyaki untuk dijual ke pasaran tempatan.

“Anggaran rampasan berjumlah RM52,950 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Hasil rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Pengkalan Kubor dan Jabatan Kastam untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya