Pengurusan kuil diseru beralih ke digital, AI

Pengurusan kuil diseru beralih ke digital, AI

Kuil AI
GOBIND Singh Deo merasmikan Sistem Digital Pengurusan Kuil di Arulmigu Sri Maha Mariamman Thirukkovil, dekat Seksyen 23, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kuil-kuil diseluruh negara disaran beralih kepada kaedah digital berbanding sebelum ini selain mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memudahkan pengurusan tempat ibadah serta penganut Hindu mengetahui aktivitinya.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, kaedah tersebut perlu dimanfaatkan terutama sekali apabila majoriti penganut agama itu masing-masing memiliki dan menggunakan telefon pintar untuk pelbagai urusan selain memperoleh maklumat.

Menurutnya, pengurusan boleh membina aplikasi khas bagi memudah pengurusan seperti menguar-uarkan aktiviti mereka, membenarkan pengunjung membuat tempahan bagi program ibadah dan sebagainya.

“Seperti di Kuil Arulmigu Sri Maha Mariamman Thirukkovil, pengurusannya menguar-uarkan sebarang aktiviti yang dianjurkan menerusi aplikasi yang dibangunkan. Malah, kalau ada penganut yang mahu menempah kuil untuk tujuan sembahyang, boleh menggunakan aplikasi sama untuk tempahan,” katanya selepas merasmikan sistem digital pengurusan kuil tersebut, hari ini.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 40 kuil di seluruh negara sudah pun mengadaptasi teknologi dalam sistem pengurusan mereka dan ia merupakan penerimaan terhadap perkembangan pendigitalan maklumat serta infrastruktur.

Kata Gobind, malah rakyat Malaysia secara keseluruhan wajar memanfaatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam urusan kehidupan seharian apabila banyak aplikasi berkaitan AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan sebagainya.

“Kalau kita lihat sebelum ini, banyak aplikasi kecerdasan kepintaran (AI) seperti ChatGPT dan lain-lain yang mana banyak kemajuan dan pembaharuan yang berlaku dalam aplikasi ini. Kita akan melihat selepas ini lebih banyak aplikasi AI akan dihasilkan.

Tambahnya lagi, impak aplikasi kecerdasan pintar (AI) terbaharu, iaitu DeepSeek, wajar dimanfaatkan apabila ia menunjukkan banyak kemajuan dan pembaharuan yang berlaku dalam perkembangan AI. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya