Pengimportan sisa plastik dibincang sebagai isu serantau ASEAN

Pengimportan sisa plastik dibincang sebagai isu serantau ASEAN

Pengimportan plastik
NIK Nazmi Nik Ahmad berucap pada Majlis Perasmian Kapal Pengumpulan Sisa ‘Mobula 8’ dekat Pulau Indah, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan membincangkan penyelesaian pengimportan plastik oleh negara-negara Eropah dan Amerika sebagai isu serantau  ASEAN.

Menterinya, Nik Nazmi berkata, dakwaan menjadikan negara ini sebagai ‘tong sampah’ oleh negara-negara berkenaan bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia malah ia turut berlaku di Indonesia dan Filipina.

Menurutnya, masalah tersebut akan dibawa ke sidang kemuncak sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun ini bagi menghentikan aktiviti pengimportan sisa plastik untuk dikitar semula di negara ini.

“Sejak China memperketatkan peraturan (menghentikan pembelian hampir semua sisa plastik bermula Januari 2018) Malaysia, Indonesia dan Filipina pula berdepan dengan masalah (kemasukan sisa lastik dari negara luar).

“Jadi, kita akan bincang di peringkat ASEAN kerana masalah tersebut bukan dihadapi oleh negara ini sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kapal Pengumpulan Sisa ‘Mobula 8’, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Malaysia bukan ‘tong sampah’ dunia dengan membiarkan pihak lain mengambil kesempatan menghantar sisa buangan dan plastik ke negara ini.

Salah satu daripada penyumbang terbesar ancaman mikro plastik adalah apabila Malaysia menjadi tapak pelupusan plastik dari beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Belanda, Jepun dan Australia yang mana pada tahun lalu sahaja dianggarkan 552,000 tan sisa plastik dieksport untuk dilupuskan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika itu memaklumkan, pihaknya memandang serius perkara itu dengan memperhalusi kemasukan import plastik ke negara ini.

Selain itu, beliau memberitahu bagi tindakan diperingkat lokal, pihaknya akan berbincangn dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mengurangkan pengimportan plastik ke negara ini.

“Kita pun belum cukup lagi pengurusan dan kitar semula plastik tempatan. Jadi, itu satu pendekatan yang menyeluruh dan sekarang di peringkat kementerian berkenaan dan Kementerian Ekonomi memang ada untuk kitar semula, sokong supaya kita dapat atasi masalah itu dengan lebih baik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya