SERDANG: Kira-kira 50 peratus beras putih import yang berada di pasaran negara ini telah dicampur dengan beras putih tempatan. Perkara itu disahkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melalui analisis yang dilakukan ke atas 5,000 sampel kampit beras import. Dapatan ini sekali gus menjawab persoalan ke mana hilangnya beras putih tempatan di pasaran yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu. Pengarah Pusat Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr. Muhammad Zamharir Ahmad berkata, pihaknya membuat analisis terhadap lebih 5,000 sampel kampit beras dengan logo import yang dihantar oleh agensi penguat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya