PETALING JAYA: Pengambilan guru dua kali setahun oleh Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memberi keutamaan kepada subjek kritikal bagi memastikan masalah kekurangan guru dapat diatasi secara efektif. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, keberkesanannya bergantung kepada jumlah guru yang diambil serta sejauh mana ia memenuhi keperluan sebenar di sekolah-sekolah. Beliau berkata, subjek-subjek kritikal tersebut adalah bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah. Tambahnya, langkah itu juga penting untuk memastikan nisbah guru dan murid seimbang di kawasan bandar dan luar bandar, sekali gus meningkatkan kualiti pengajaran dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya