Penduduk gempar jumpa mayat terapung

Penduduk gempar jumpa mayat terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Penduduk di Kampung Kubang Rambutan di sini gempar selepas menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung bersama sampah sarap di dalam parit air dekat belakang Masjid Kubang Rambutan hari ini.

Mayat lelaki berusia 54 tahun itu ditemukan lengkap berpakaian oleh penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut daripada orang awam pada pukul 10.03 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menetap di Kampung Gual Sitok.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian telah menjumpai kesan kemalangan dimana sebuah motosikal telah terbabas lalu masuk ke dalam parit air.

“Bagaimanapun, motosikal tersebut tidak dijumpai. Pihak kami juga tidak menerima sebarang laporan berkaitan dengan kehilangan motosikal itu,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Kama Azural memberitahu, pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa tidak menjumpai kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya