Pendekatan lebih segar tarik generasi muda sertai Kor SUKSIS: Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Pendekatan lebih segar tarik generasi muda sertai Kor SUKSIS: Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) berkenan menerima persembahan cendera kenangan pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor SUKSIS Universiti Awam Peringkat Kebangsaan Edisi 2.0 di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Arau, Perlis, hari ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pendekatan lebih segar, inovatif dan selari dengan perkembangan semasa perlu dilaksanakan bagi menarik minat generasi muda untuk terlibat sama menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa (SUKSIS).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, langkah ini adalah berikutan cabaran digital masa kini telah melahirkan generasi yang pantas beradaptasi dan menginginkan hasil dengan segera.

Titah baginda, bagi tujuan itu, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan menyesuaikan program-program dengan nilai dan minat generasi Z.

“Program yang dianjurkan perlu memberi kesan positif kepada masyarakat dan berkait rapat dengan isu-isu semasa seperti keselamatan siber, kesedaran sosial, dan kesejahteraan mental.

“Ini akan menjadikan aktiviti lebih relevan dan menarik buat golongan generasi baharu ini,” titah baginda pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor SUKSIS Universiti Awam Peringkat Kebangsaan Edisi 2.0 di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (Unimap), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, aktiviti -aktiviti fizikal yang dilaksanakan buat Kor SUKSIS juga perlu melibatkan aspek menguji ketahanan, kerjasama, penganjuran acara sukan, latihan kecergasan, pertandingan
senamrobik atau cabaran ketahanan yang menggabungkan elemen kepolisan.

Titah baginda, program yang dilaksanakan itu perlu mengintergrasikan elemen kreativiti seperti pembangunan alat keselamatan atau permainan bagi menguji kecekapan polis dalam situasi kecemasan.

“Libatkan juga masyarakat secara langsung dalam aktiviti keselamatan masyarakat seperti penganjuran ceramah keselamatan di sekolah-sekolah atau memberi latihan kepada komuniti tentang pertolongan cemas atau keselamatan awam.

“Generasi Z turut perlu dilibatkan dalam perancangan, pengurusan program, penambahbaikan aktiviti atau misi Kor SUKSIS supaya mereka merasai penglibatan dalam kerja sukarelawan ini,” titah baginda.

Titah baginda, generasi Z merupakan bakal pemimpin masa hadapan dan merupakan aset negara yang penting khususnya dalam ekonomi digital dengan kemahiran teknologi tinggi, pemikiran kritis dan kreativiti luar biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya