RIYADH: Pemimpin negara Arab berkumpul di Arab Saudi hari ini, bagi membantah rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengusir rakyat Palestin dan mengambil alih Gaza. Rancangan Trump mencetuskan perpaduan yang jarang berlaku dalam kalangan negara Arab, apabila mereka sebulat suara menolak idea tersebut. Namun, perbezaan pandangan masih wujud mengenai pihak yang akan mentadbir wilayah Palestin itu serta sumber pembiayaan untuk usaha pembangunan semula Gaza. Pakar dasar luar Arab Saudi, Umer Karim memberitahu AFP, sidang kemuncak itu menjadi yang ‘paling penting’ dalam beberapa dekad berkaitan dunia Arab secara keseluruhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya