Pemancing terkejut jumpa bom mortar

Pemancing terkejut jumpa bom mortar

BOM jenis mortar yang ditemukan oleh seorang pemancing selepas tersangkut di dalam tayar lama di kawasan berbatu berhampiran tebing Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang pemancing terkejut selepas menjumpai sebutir bom jenis mortar tersangkut di dalam tayar lama di kawasan berbatu berhampiran tebing Pantai Sri Tujuh di sini semalam.

Bom bersaiz 61 milimeter (mm) yang sudah berkarat itu ditemukan kira-kira pukul 2.28 petang oleh lelaki berkenaan semasa memancing di kawasan Pantai Sri Tujuh Resort di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, siasatan mendapati, semasa kejadian lelaki berusia 26 tahun itu telah melihat satu objek yang menyerupai bom tersangkut di dalam tayar lama.

Menurutnya, sejurus menerima laporan unit kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan terus ke bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam

“Siasatan mendapati, bom tersebut merupakan jenis mortar berukuran 61 mm yang telah lama dan berkarat.

“Proses pemusnahan bom tersebut berjaya dilakukan kira-kira pukul 5 petang pada hari yang sama di lokasi penemuan oleh UPB IPK Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, sehubungan itu, polis menyeru pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Tumpat di talian 09-725 7222.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya