Pasukan khas selesai projek tertunggak di Johor

Pasukan khas selesai projek tertunggak di Johor

ONN HAFIZ Ghazi melancarkan gimik perasmian program JOJ di Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan khas (task force) bagi menyelesaikan isu tertunggak yang melibatkan projek-projek berimpak tinggi  di Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pasukan khas itu juga  akan memastikan projek-projek terlibat siap dilaksanakan mengikut tempoh waktu ditetapkan.

Katanya, di Johor, isu berkaitan tanah telah membelenggu dan menyebabkan kelewatan beberapa projek yang sepatutnya dapat disiapkan sebagaimana dirancang.

“Kejayaan awal pasukan khas ini ialah berkaitan projek tebatan banjir di mana akan  dapat disiapkan  dua tahun lebih awal dari 2029 kepada 2027,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jelajah Orang Johor (JOJ) di Kompleks Penghulu Mukim Serkat di sini, hari ini.

Tambah Onn Hafiz, sebarang kelewatan contohnya projek  tebatan banjir bakal menyebabkan penduduk menerima kesannya apabila terpaksa menghadapi bencana pada setiap tahun.

“Sebelum ini mengikut jadualnya, ia akan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan tetapi dengan adanya pasukan khas, kerja-kerja akan dapat disiapkan lebih awal.

“Begitu juga dengan projek-projek berimpak tinggi yang lain seperti pembinaan jalan, sekolah, hospital dan sebagainya perlu dilihat  tempoh pelaksanaannya agar tidak membebankan rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya