Pasor Percuma Ganu Kiter manfaat 50,000 orang

Pasor Percuma Ganu Kiter manfaat 50,000 orang

ORANG ramai memilih pakaian pada program Pasor Percuma Ganu Kiter di Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, Hulu Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Pelaksanaan program Pasor Percuma Ganu Kiter yang diwujudkan sekumpulan sukarelawan sejak 10 tahun lalu sehingga kini memberi manfaat kepada lebih 50,000 pengunjung.

Pengasasnya, Dr. Muhammad Salehuddin Sulaiman berkata, ia bukan sahaja menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian baharu atau terpakai, alat permainan, buku dan pinggan mangkuk malah barangan keperluan harian termasuk beras, ayam, telur serta ikan.

“Pasar amal yang melibatkan ‘bayaran’ dengan hanya mengucapkan terima kasih itu turut membuka ruang kepada individu berkemampuan untuk menghulurkan pelbagai sumbangan.

“Mereka menyumbang berdasarkan kemampuan manakala individu atau pengunjung pula boleh mengambil barangan yang ada secara percuma mengikut keperluan masing-masing,” katanya ketika ditemui semasa penganjuran Pasor Percuma Ganu Kiter Kali Ke-36 di Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, di sini, kelmarin.

Menurut Muhammad Salehuddin, program julung kali dilaksanakan di Hulu Terengganu itu mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung.

Katanya, hampir 40 penyumbang turut serta dalam program tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya