Parti politik belum sepakat Akta Pendanaan Politik

Parti politik belum sepakat Akta Pendanaan Politik

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti-parti politik negara masih belum sepakat berhubung penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik bagi mengurangkan risiko rasuah dan salah guna kuasa melibatkan ahli politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, masih terdapat beberapa perkara dasar yang belum mencapai persetujuan sebulat suara seperti keperluan pendanaan awam kepada parti politik, had sumbangan dan entiti yang akan mengawal selia dana politik.

“Satu mesyuarat akan diadakan bersama Setiausaha Agung semua parti politik yang dipengerusikan oleh saya bagi mendapatkan pandangan dan pendirian mengenai RUU ini,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, kerajaan akan mendapatkan pandangan daripada parti politik kerajaan dan pembangkang melalui universiti sebagai pihak neutral.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya