PARLIMEN: Melayu tertinggi salah guna dadah - KDN

PARLIMEN: Melayu tertinggi salah guna dadah – KDN

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL - GAMBAR JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kaum Melayu paling ramai terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada tahun lalu iaitu seramai 145,877 orang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, ia diikuti bangsa India seramai 14,935 orang, Cina (14,861 orang), pribumi Sabah (9,322 orang), pribumi Sarawak (5,530 orang) dan lain-lain seramai 2,332 orang.

Katanya, jika dilihat dari segi kadar penyalahgunaan dan penagihan dadah bagi per 100,000 penduduk adalah didapati pada kadar 566 orang penduduk Malaysia, mengambil kira 34,058,900 penduduk.

“Sekiranya dilihat mengikut negeri bagi kadar penyalah guna dan penagihan dadah bagi per 100,000 penduduk didapati lima negeri yang tertinggi ialah Kelantan 1,130 orang, Terengganu 974, Perlis (965), Kedah (898), Pulau Pinang (803), dan Negeri Sarawak (425).

“Justeru, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah membuat perancangan awal pertambahan kakitangan sejajar dengan perubahan trend semasa dadah dalam negara di samping pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Pertambahan jawatan yang dimohon adalah selaras dengan kompleksiti tugasan AADK yang semakin mencabar untuk melaksanakan rawatan dan pemulihan dalam institusi dan komuniti termasuklah aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya