PARLIMEN: DBKL teliti keperluan tambah pokok rendang di kawasan strategik

PARLIMEN: DBKL teliti keperluan tambah pokok rendang di kawasan strategik

ZALIHA MUSTAFA - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti keperluan untuk menambah lebih banyak pokok rendang di lokasi strategik seperti laluan pejalan kaki, kawasan lapang, dan persisiran tasik.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, penambahan itu bertujuan menyediakan lebih banyak kawasan teduhan bagi keselesaan pengunjung serta memperkaya biodiversiti flora dan fauna di persekitaran bandar raya Kuala Lumpur.

“Pokok-pokok besar membantu mengurangkan kesan haba haba bandar pulau (urban heat island effect), menjadikan kawasan taman lebih sejuk dan nyaman.

“Pokok-pokok di Taman Tasik Titiwangsa juga ditanam dalam kluster tertentu, supaya membentuk lorong angin semula jadi, yang membantu pengudaraan dan mengurangkan suhu sekitar. 

“Kemudahan seperti gazebo dan wakaf turut disediakan di sekitar taman sebagai tempat berteduh daripada terik matahari dan berehat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri M. Saravanan (BN-Tapah) yang ingin mengetahui langkah-langkah penambahbaikan bagi menambah pokok-pokok atau binaan bagi membendung dan mengatasi masalah cuaca panas di dalam kawasan Tasik Titiwangsa.

Zaliha memaklumkan, sehingga kini, sebanyak 3,781 batang pokok telah ditanam, terdiri daripada spesies seperti Penaga Lilin, Kayu Arang, Gelam, Kemboja, Ashoka, Brownea, Mempari, Kelat Paya, Merawan, dan Siput Jantan.

“Spesies seperti Hujan-Hujan (Samanea saman) dan Meranti (Shorea spp.) terkenal dengan kanopi yang luas, memberikan teduhan yang baik kepada pengunjung.

“Bungor (Lagerstroemia speciosa) dan Bunga Tanjung (Mimusops elengi) pula bukan sahaja berfungsi sebagai elemen estetik tetapi juga menghasilkan bunga yang wangi, menarik lebih banyak fauna seperti burung dan serangga pendebunga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya