Pahang pertimbang Pasfa buka ladang kelapa - Utusan Malaysia

Pahang pertimbang Pasfa buka ladang kelapa

WAN ROSDY Wan Ismail (dua dari kanan) menyampaikan dividen Pasfa kepada penerima di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahangm - FOTO/SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang akan memberikan pertimbangan kepada Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) sekiranya agensi berkenaan mempunyai perancangan untuk membuka ladang kelapa di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia berikutan permintaan pasaran terhadap kelapa yang kini semakin meningkat.

“Insya-Allah kita akan bagi pertimbangan. Kelapa memang ada permintaan,” katanya ketika ditemuinpemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Dividen Ladang Usahasama Integrasi Lembu dan Sawit Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Bukit Gayong kepada peserta E-Kasih di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, seramai 500 peserta e-Kasih menerima dividen Ladang Usahasama Integrasi Lembu dan Sawit PPRT Bukit Gayong berjumlah RM1,561 setiap seorang membabitkan jumlah keseluruhan RM780,518.

“Setahu saya, Pasfa ini tidak pernah gagal memberi dividen kepada peserta-pesertanya daripada dulu lagi. Saya ucapkan syabas dan tahniah kerana telah menggunakan sumber yang ada, tanah-tanah yang ada yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk penanaman apa sahaja.

“Sebab itu sekiranya ada permohonan daripada Pasfa, kerajaan negeri akan memberi pertimbangan yang sehabis baik kerana faedahnya akan dinikmati kepada ramai orang, ia bukannya berbentuk kepada individu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN