Op Hazard: Polis siasat kilang e-waste haram beroperasi secara sindiket - Utusan Malaysia

Op Hazard: Polis siasat kilang e-waste haram beroperasi secara sindiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini menyiasat kemungkinan 47 kilang haram memproses sisa elektrik (e-waste) yang diserbu dalam Op Hazard pada 15 Februari lalu beroperasi secara bersindiket.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, siasatan setakat ini menumpukan terhadap syarikat-syarikat di sebalik kilang haram terbabit.

“Kami menyiasat kemungkinan syarikat yang mengendalikan kilang-kilang sisa elektronik ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.

“Setakat ini, kita sedang menyiasat sama ada kilang-kilang tersebut beroperasi secara bersindiket,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azmi berkata, kebanyakan kilang ini dibekalkan sisa e-waste yang diseludup masuk melalui jalan laut.

“Bagaimanapun, kami mendapati sebuah kilang yang diserbu di Sarawak mendapatkan sisa elektronik itu daripada pembekal tempatan.

“Pembekal tersebut akan mengutip sisa elektronik daripada orang ramai di kawasan sekitar dan menjualnya kepada kilang pemprosesan haram,” katanya.

Azmi berkata, kerjasama antara pelbagai agensi penguatkuasaan amat penting dalam memerangi kilang-kilang haram ini secara berkesan.

“PDRM dan Jabatan Alam Sekitar sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan agensi lain terutamanya dalam memastikan keselamatan negara terjamin.

“Kami memerlukan sokongan daripada agensi lain untuk memantau dan membanteras penyeludupan sisa elektronik ke dalam negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya