Murid Tabika Kemas ceria mula sekolah - Utusan Malaysia

Murid Tabika Kemas ceria mula sekolah

KANAK-kanak dari Tabika Kemas Berkembar Taman Politeknik, Port Dickson kelihatan ceria dan teruja ketika memulakan sesi persekolahan kelmarin. – UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Hari pertama sesi persekolahan yang bermula kelmarin menyaksikan gelagat yang mencuit perhatian dalam kalangan kanak-kanak praseko­lah.

Ada yang ceria malah tidak kurang yang menangis ketika Utusan Malaysia meninjau perjalanan hari pertama sesi persekolahan di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini.

Ahnaf Anaqi Muhammad Muis, 6, memberitahu, dia begitu teruja memulakan persekolahan selepas bercuti panjang.

“Saya gembira pergi sekolah dan bangun awal hari ini, saya sudah pandai alif ba ta dan baca Qulhuwallah.. (surah al-Ikhlas),” katanya ketika ditemui di Tabika Kemas Berkembar Taman Politeknik di sini.

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd. Hanafiah Man turut mengadakan lawatan di tabika tersebut.

Seperti dijangka juga, terdapat situasi beberapa orang kanak-kanak yang menangis dan kelihatan keluar dari kelas mencari ibu bapa masing-ma­sing.

Bagaimanapun, situasi ia dapat ditenangkan oleh guru kelas yang bertindak pantas menceriakan semula anak-anak ini de­ngan aktiviti-aktiviti menarik termasuk menyanyi.

Seorang penjawat awam, Muhd. Hasrul Kamarulzaman, 37, pula menemani anak keduanya Naqeeb Rayyan berusia lima tahun ke Tabika Kemas bagi memberi semangat kepadanya pada hari pertama persekolahan.

Menurutnya, anaknya itu me­nunjukkan perkembangan yang baik sepanjang belajar di Tabika Kemas bermula pada usia empat tahun.

“Anak sudah pandai menulis dan mengeja, malah pergaulannya bersama rakan lebih baik.

“Bagi saya silibus pembelajaran di Tabika Kemas sangat bagus dalam membantu perkembangan anak-anak yang kini semakin mencabar. Saya dulu belajar di Kemas juga dan saya yakin anak-anak boleh berjaya bermula di sini,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya