Minuman bikarbonat berklorat tinggi: Malaysia tidak terkesan

Minuman bikarbonat berklorat tinggi: Malaysia tidak terkesan

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Hanya empat negara Eropah dikesan mempunyai produk air bikarbonat yang dicemari klorat tinggi iaitu Belgium, Luxembourg, United Kingdom (UK) dan Belanda.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dalam hal ini, negara lain seperti Malaysia bagaimanapun tidak terjejas atau terkesan akibat produk tersebut.

Katanya, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, produk keluaran syarikat Coca-Cola Europe Pacific Partners itu hanya dikesan diedarkan di beberapa negara Eropah sahaja buat masa ini.

“Jadi, ia bukan fenomena global. Mungkin ada berkait rapat dengan isu rantaian bekalan ‘batch-batch’ (kumpulan) atau konsainan tertentu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguji minuman ringan berkarbonat di pasaran tempatan susulan kebimbangan pencemaran klorat yang dikesan dalam beberapa produk di Eropah baru-baru ini.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, ujian tersebut penting bagi memastikan keselamatan pengguna, khususnya golongan berisiko seperti bayi, kanak-kanak dan wanita hamil.

“Klorat yang merupakan produk sampingan bahan pembersih berasaskan klorin, boleh mengganggu fungsi tiroid, menyebabkan kekurangan iodin, serta mengurangkan jumlah sel darah merah.

“Justeru, kami menggesa KKM untuk segera menguji minuman ringan di pasaran tempatan bagi memastikan ia selamat daripada pencemaran ini,” kata Mohideen.

Mengulas lanjut, Dzulkefly bagaimanapun berkata, Malaysia khususnya KKM akan terus memantau dan berwaspada terhadap isu tersebut.

“Buat masa ini, kita belum ada lagi bukti yang menyatakan Malaysia terkesan. Produk-produk di Malaysia dan rantau Asia ini belum ada yang ‘redflag’ untuk kita beri peringatan atau tindakan untuk kita gantung (produk tersebut) dan sebagainya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya