Miliki Yamaha RXZ seludup, keserokan bersifat sementara- JPJ Kelantan

Miliki Yamaha RXZ seludup, keserokan bersifat sementara- JPJ Kelantan

MOHD. Misuari Abdullah(dua kanan) bersama pegawai memeriksa buku log perjalanan bas semasa Ops Khas Tahun Baharu Cina di Stesen JPJ Bukit Jawa, Selising, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengingatkan pengguna atau orang ramai supaya tidak membeli atau memiliki motosikal Yamaha RXZ yang diseludup dari Thailand kerana keseronokan itu bersifat sementara.

Pengarahnya Mohd. Misuari Abdullah berkata, tindakan itu dianggap sia-siap sekiranya pemilik motosikal itu ditangkap dan mereka boleh berdepan tindakan mengikut peraturan sedia ada.

“Janganlah buat kerja sia-sia, ikutlah saluran yang betul jika mahu memilik motosikal itu.

“Belilah yang ada dipasaran ketika ini. Kebanyakan motosikal ini (RXZ seludup) tidak berdaftar dan menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM),” katanya semasa sidang media Penutup Ops Khas Tahun Baharu Cina di Stesen JPJ Bukit Jawa, Selising di sini malam tadi.

Mohd. Misuari memberitahu, pihaknya sentiasa bekerja dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam mengekang penggunaan motosikal seludup itu di jalan raya.

Media sebelum ini melaporkan, Polis Terengganu membongkar kegiatan penyeludupan motosikal jenis Yamaha RX-Z susulan penahanan seorang lelaki di Kampung Padang Luas, Jertih, di Besut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kegiatan penyeludupan itu terbongkar hasil pemeriksaan ke atas sebuah rumah yang dijadikan bengkel kenderaan di kampung berkenaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya