Mesin meletup: JKKP keluar notis larangan kerja - Utusan Malaysia

Mesin meletup: JKKP keluar notis larangan kerja

JKKP mengeluarkan dua notis larangan kerja susulan letupan mesin di sebuah kilang memproses getah di Tangkak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri ini mengeluarkan dua notis larangan kerja susulan kejadian mesin meletup sehingga mengakibat dua maut dan tujuh cedera parah di sebuah kilang memproses getah dekat sini, kelmarin.

Pengarahnya, Jaafar Leman berkata, keseluruhan kawasan lokasi kemalangan turut diarahkan tutup sehingga siasatan selesai.

“Hasil siasatan awal mendapati sebelum kemalangan berlaku terdapat aktiviti kerja penukaran ’bowl’ pada mesin ’centrifugation’ di kilang tersebut oleh dua pekerja kontraktor yang dilantik oleh pihak kilang.

“Setelah kerja-kerja penukaran ’bowl’ pada mesin itu selesai, pekerja kontraktor tersebut telah memasang semula penutup mesin ’centrifugation’ dan pengujian dijalankan. Namun, selepas lebih kurang 25 minit pengujian dijalankan, mesin dan ’bowl’ telah pecah menyebabkan pelbagai serpihan mesin, ’disc’ dan ,’bowl’ berterbangan ke kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kejadian berkenaan mengakibatkan dua pekerja kontraktor maut serta tujuh pekerja kilang yang berada di sekitar kawasan kejadian cedera parah.

Dua pekerja yang cedera parah masih dirawat di hospital, manakala selebihnya sudah dibenarkan pulang.

JKKP memaklumkan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 terhadap majikan yang cuai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya