Mek Kelate jadi pilihan jejaka Pakistan

Mek Kelate jadi pilihan jejaka Pakistan

MOHAMED Yusoff Khan Mohd. Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mek Kelate atau wanita Kelantan menjadi pilihan jejaka warganegara Pakistan untuk dijadikan sebagai isteri apabila jumlah permohonan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang Suami  diterima Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan meningkat.

Pengarahnya JIM negeri Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan sepanjang 2024 lalu seramai 34 warganegara Pakistan dengan mengemukakan permohonan tersebut berbanding 27 tahun sebelumnya.

“Tahun 2022 lalu, kami (JIM Kelantan) menerima permohonan sebanyak 31. Bagaimanapun, ada juga lelaki tempatan yang memilih untuk menjadikan wanita Pakistan sebagai teman hidup.

“Angkanya jauh berbeza. Berdasarkan rekod, tahun lalu kita menerima sembilan permohonan, 2023 (5) dan 2022 (10),” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohamed Yusoff Khan memberitahu, selain itu kedudukan Kelantan yang bersempadan dengan Thailand turut menyaksikan berlaku perkahwinan antara lelaki tempatan dengan wanita dari negara berkenaan.

Katanya, sepanjang tahun lalu seramai 308 permohonan pas pasangan telah diterima oleh JIM Kelantan.

“Tahun 2023 kita terima 341 permohonan manakala 175 pada 2022. Berkemungkinan besar bibit-bibit cinta ini bermula di tempat kerja, kenalan, saudara-mara dan sebagainya.

“Pada masa sama, lelaki Thailand ada juga berkahwin dengan wanita tempatan. Tahun lalu sahaja seramai 78 permohonan telah diterima, 2023 (57) dan 2022 (31). Boleh dikatakan permohonan itu diterima setiap hari.” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya