MBDK sedia pelan mitigasi banjir RM144 juta

MBDK sedia pelan mitigasi banjir RM144 juta

Banjir Klang
ABD. Hamid Hussain menunjukkan Pelan Mitigasi Banjir 2025 hingga 2030 pada majlis pelancarannya di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memperuntukkan sebanyak RM144 juta untuk melaksanakan Pelan Mitigasi Banjir 2025 hingga 2030 yang merangkumi penaiktarafan kolam tadahan.

Bagaimanapun keseluruhan pelan itu memerlukan kos berjumlah RM182 juta dan sebahagiannya RM38 juta daripadanya digunakan pada lima tahun lalu menerusi 54 projek mitigasi banjir.

Datuk Bandarnya, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, ia akan melibatkan 23 projek yang dijangka dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah banjir di daerah ini yang merupakan kesinambungan daripada pelan 2021 – 2024.

“Bagi projek lima tahun bermula tahun ini pula akan terus memfokuskan mendalamkan dan melebarkan parit termasuk parit monsun. Sebanyak 32 kolam tadahan juga dinaiktaraf selain pembinaan kolam tadahan baharu,” katanya pada sidang, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, isu banjir menjadi fokus utama dalam tempoh terdekat pelantikannya sebagai Datuk Bandar untuk mengenal pasti punca termasuk sebanyak 77 kawasan di dalam daerah Klang yang dikenal pasti berisiko.

Jelas Abd. Hamid, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah Sungai Kapar Indah, Jalan Pekan Baru 26, Bandar Sentosa, Bandar Puteri, Bandar Putera, Taman Klang Utama, Taman Teluk Pulai, Taman Setia, Taman Gembira, Taman Palm Grove, Taman Chi Liung dan Taman Maznah.

“Kejayaan pelan itu juga bergantung kepada keberkesanan projek-projek dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam melebarkan sungai khususnya llongkang-longkang dibawah MBDK (salirannya) akhirnya pergi ke sungai atau sebahagian ke kolam takungan yang disediakan pihak pemaju.

“Kita percaya pelan tindakan ini akan membentuk hala tuju yang lebih mantap dan mengukuhkan gerak kerja MBDK dalam menghadapi cabaran mengurangkan masalah banjir dibawah pentadbirannya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya