PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu, mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di tepi tebing anak sungai dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian badan iaitu di telinga kiri dan tangan kanan. Saksi kedua pendakwaan, Koperal Sulaimen Razak, 42, turut memberitahu, mayat kanak-kanak itu ditemukan berhampiran takungan air berdekatan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini. “Mayat mangsa dijumpai di tepi tebing laluan sungai dengan takungan air di sebelah atas manakala mayat mangsa berada di bahagian bawah,” kata saksi itu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya