Mayat wanita ditemukan di tepi sungai dipercayai dibunuh - Utusan Malaysia

Mayat wanita ditemukan di tepi sungai dipercayai dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mayat seorang wanita tempatan ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 12.45 tengah hari melaporkan penemuan mayat terbabit.

Katanya, hasil siasatan awal dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dengan bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Pakar Patologi Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

“Mangsa merupakan seorang wanita berusia 37 tahun yang menetap di daerah ini dan dipercayai bekerja sebagai peniaga makanan.

“Menurut saksi, mangsa berada di lokasi kejadian pada malam 12 Februari sekitar pukul 7.30 malam bagi urusan penghantaran makanan secara COD (pembayaran ketika penghantaran),” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Polis juga meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi balai polis berhampiran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN