Maskot Naga Biru ceriakan murid tahun satu - Utusan Malaysia

Maskot Naga Biru ceriakan murid tahun satu

MASKOT Naga Biru menceriakan suasana hari pertama sesi persekolahan di SK Ayer Baloi, Pontian, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Hari pertama sesi persekolahan bagi 471 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi, dekat sini diceriakan dengan kemunculan maskot Naga Biru bagi menyambut kehadiran mereka.

Kehadiran maskot tersebut di pintu gerbang sekolah nyata menjadi tumpuan ramai, khususnya bagi menyambut kehadiran 71 murid yang memasuki tahun satu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati murid-murid tiba di sekolah berkenaan seawal pukul 7 pagi dengan dihantar oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Guru Besar SK Ayer Baloi, Mohd. Zeki Ibrahim berkata, kehadiran maskot Naga Biru itu merupakan idea guru-guru bagi menceriakan suasana pada hari pertama sesi persekolahan baharu etelah bercuti panjang.

“Kehadiran maskot Naga Biru mewujudkan suasana ceria dan gembira dalam kalangan murid-murid bagi memulakan sesi persekolahan baharu pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu, Afiqah Noor Farah Adam memberitahu, anak sulungnya, Muhammad Yusof Shahrul Azhar bangun pada pukul 6.30 pagi untuk ke sekolah.

“Alhamdulillah, Yusof teruja dan ceria ke sekolah pagi ini untuk bertemu kawan-kawan dan guru-guru,” katanya.

Pegawai Pendidikan Daerah Pontian. Abd. Rahman Salleh memaklumkan, terdapat seramai 2,625 murid memasuki tahun satu di 82 buah sekolah rendah di daerah ini pada tahun ini.

“Jumlah itu melibatkan seramai 2,148 murid di Sekolah Kebangsaan (SK), 471 di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan enam murid di SJK Tamil,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya