Malaysia serius perkasa tenaga hijau - Utusan Malaysia

Malaysia serius perkasa tenaga hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia serius melabur dalam tenaga hijau termasuk projek tenaga berasaskan angin di selatan Vietnam.

Perdana Menteri berkata, ia terbukti menerusi inisiatif utama perkongsian Gentari da Petrovietnam dengan melibatkan langkah-langkah strategik.

Katanya, usaha tersebut sekaligus dapat memperkukuhkan keselamatan tenaga serantau dan memastikan peralihan yang lebih mampan.

“Petronas dan Petrovietnam akan mempercepatkan kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam, merangkumi aktiviti dalam sektor huluan, aliran, gas, dan tenaga boleh diperbaharui.

“Terutama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, syarikat minyak kedua-dua negara sedang aktif memobilisasi kerjasama dalam penjanaan tenaga dan penyambungan grid dari Vietnam ke Malaysia. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Grid Kuasa ASEAN (APG) yang bertujuan untuk memperkukuhkan keselamatan tenaga di rantau ASEAN melalui integrasi infrastruktur tenaga,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam perkembangan lain Anwar berkata, Malaysia turut menekankan kepentingan untuk mengekalkan kestabilan di Laut China Selatan dengan memastikan pematuhan kepada undang-undang antarabangsa serta mempercepatkan rundingan mengenai Kod Etika (COC).

Menyentuh mengenai isu Myanmar, beliau mendesak agar kemajuan yang sebenar dan mampan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) dapat dicapai bagi mengelakkan krisis bertambah buruk.

Anwar tiba di Hanoi malam tadi dan dijadualkan menyampaikan ucaptama di Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, hari ini.

Forum bertajuk Building a United, Inclusive, and Resilient ASEAN Amidst Global Transformation dianjurkan Kementerian Luar Vietnam.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai Hanoi malam tadi, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam di ibu pejabat parti berkenaan dan Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya