MAHB: Ka Siong sedia apa jua keputusan - Utusan Malaysia

MAHB: Ka Siong sedia apa jua keputusan

WEE Ka Siong ketika berucap pada Majlis Jamuan Sambutan Tahun Baharu Cina di Alor Setar, Kedah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong bersedia menerima apa jua tindakan daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Parlimen berhubung transaksi jual beli saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) melibatkan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Ka Siong yang juga Presiden MCA berkata, beliau sama sekali tidak gentar dengan apa sebarang keputusan oleh jawatankuasa tersebut.

“Saya tidak tahu apa nasib saya pada Isnin ini yang akan dirujuk kepada jawatankuasa tetapi terpulanglah kepada mereka, anak jantan tidak akan berundur. Ini untuk rakyat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Jamuan Sambutan Tahun Baharu Cina di sini malam tadi.

Katanya, MCA adalah sebuah parti berasaskan kepentingan rakyat dan parti itu akan berterusan mengenengahkan isu berkaitan mereka.

“Kita tetap bersama rakyat. Kita tidak akan gentar terhadap apa juga elemen termasuk bawalah ahli kita ke jawatankuasa kami tidak gentar. Saya pergi ke semua tempat, orang ramai bertemu saya dan bercakap teruskan,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, KWSP digesa mendedahkan jumlah sebenar kerugian didakwa dialami syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit dalam urus niaga saham MAHB.

Ka Siong mendakwa, hasil pengiraan kasarnya KWSP mengalami kerugian antara RM500 juta hingga RM700 juta akibat urus niaga dan penjualan 150 juta saham MAHB.

Menurutnya, ia bukan satu jumlah yang kecil kerana itu KWSP perlu memberi penjelasan sewajarnya.

Isu membabitkan KWSP timbul apabila penjualan saham MAHB yang dimilikinya pada Januari 2023 dengan kadar harga sekitar RM6.74 seunit, dibeli semula pada harga tawaran RM11 seunit dalam usaha menswastakan MAHB.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya