Lima agensi Persekutuan rekod jumlah liabiliti lebih tinggi berbanding aset - Utusan Malaysia

Lima agensi Persekutuan rekod jumlah liabiliti lebih tinggi berbanding aset

WAN SURAYA WAN MOHD. RADZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lima agensi Persekutuan merekodkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, antara agensi terbabit adalah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

PR1MA mempunyai liabiliti bersih berjumlah RM342.46 juta disebabkan oleh Dana Pinjaman (Sukuk) yang perlu diselesaikan sehingga 2027 dan tidak dapat ditampung oleh aset sedia ada.

Bagi SWCorp pula, liabiliti bersih berjumlah RM140.15 juta adalah disebabkan Pemiutang Syarikat Konsesi dan Perbelanjaan Terakru yang tinggi berbanding jumlah aset sedia ada.

“Perbandingan antara aset dan liabiliti mendapati 142 agensi Persekutuan mempunyai aset berjumlah RM2.696 trilion berbanding liabiliti berjumlah RM0.871 trilion.

“Bagaimanapun, lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset,” katanya melalui kenyataan media susulan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 melalui Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Jelas Wan Suraya, penyata kewangan bertujuan menilai prestasi kewangan agensi Persekutuan terhadap lima perkara iaitu Aset dan Liabiliti, geran Kerajaan Persekutuan, Pinjaman Diterima, Pelaburan dalam Syarikat Subsidiari serta Lebihan atau Kurangan Semasa.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, 98 daripada 142 agensi Persekutuan menerima geran berjumlah RM33.628 bilion daripada Kerajaan Persekutuan pada 2023 terdiri daripada geran mengurus sejumlah RM16.305 bilion dan geran pembangunan sejumlah RM17.323 bilion.

Sementara 97 Agensi Persekutuan mempunyai baki geran pembangunan berjumlah RM21.399 bilion.

“Daripada 142 agensi Persekutuan, 20 mempunyai pinjaman diterima berjumlah RM126.564 bilion daripada Kerajaan Persekutuan dan institusi kewangan.

“Lima daripadanya adalah pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah RM99.058 bilion, manakala empat agensi membuat pinjaman baharu berjumlah RM7.309 bilion pada 2023,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya