Lelaki tampar isteri lambat tiba beli nasi ayam direman

Lelaki tampar isteri lambat tiba beli nasi ayam direman

NORHIZAM BAHAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Berang akibat isteri lambat tiba selepas membeli nasi ayam di sebuah pasar raya menjadi punca seorang lelaki menampar wanita itu di pintu masuk sebuah pasar raya di Kota Warisan, di sini.

Perkara itu didedahkan Ke­tua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi semalam.

“Punca tampar, isteri lambat keluar mall (pasar raya) lepas beli nasi ayam,” katanya.

Katanya, suspek juga sebelum ini gagal dikesan selama enam hari selepas laporan polis dibuat dipercayai bersembunyi di dalam kereta.

Sementara itu, Norhizam ber­kata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Lelaki itu di bawa ke Mah­kamah Majistret Teluk Datok di Banting pagi semalam bagi mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya.

Kelmarin, lelaki itu berjaya ditahan polis di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan, di sini selepas enam hari menghilangkan diri.

Sebelum ini, lelaki itu diburu polis susulan rakaman video tular memaparkan dia menampar isterinya di khalayak ramai di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Kota Warisan, di sini.

Perubatan lelaki itu sempat dirakam orang awam yang kemudian berkongsi rakaman vi­deo itu di media sosial.

Norhizam sebelum ini dila­porkan berkata, kes disiasat me­ngikut Seksyen 323 Kanun Ke­seksaan atau Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya