Lelaki rentas sempadan secara haram acu pisau pada anggota ATM

Lelaki rentas sempadan secara haram acu pisau pada anggota ATM

SUSPEK ditahan anggota ATM selepas masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah di Sungai Golok, Tanah Merah, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang lelaki tempatan bertindak mengacukan sebilah pisau kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang cuba menahannya selepas masuk ke negara ini menggunakan laluan tidak sah di Sungai Golok dekat sini kelmarin.

Suspek tersebut ditahan menerusi rondaan Jenayah Rentas Sempadan (JRS) pada pukul 3.45 petang selepas anggota bertugas mengesan kelibat lelaki berkenaan menyeberangi Sungai Golok dan masuk ke negara ini secara haram.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berkata, semasa ditahan suspek telah bertindak mengacukan sebilah pisau yang mempunyai hulu berbentuk ‘buku lima’.

“Suspek berjaya ditahan hasil ketangksan dan kecekapan anggota ATM. Selain itu, anggota ATM turut menerima provokasi berbentuk kata-kata ugutan yang dilaungkan oleh beberapa orang awam dari arah tebing Sungai Golok di sebelah Thailand.

“Kesemua suspek yang membuat provokasi itu dipercayai rakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Markas 2 Divisyen memberitahu, suspek telah diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Terdahulu, ATM berjaya menahan seorang individu dipercayai warganegara Thailand yang masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah. Suspek itu ditahan pada pukul 10 pagi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya