Lebih tiga tan barang kitar semula dikumpul

Lebih tiga tan barang kitar semula dikumpul

sebahagian minyak masak terpakai yang dihantar orang ramai sempena Program Inisiatif Kelestarian dan Kreativiti Yayasan JCorp Kitar Semula Pandu Laly B5 di Tampoi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lebih tiga tan pelbagai jenis barangan kitar semula dikumpulkan dalam Program Kitar Semula Pandu Lalu di B5 Street Market, di sini.

Pelbagai barangan kitar semula seperti kertas, plastik, aluminium, barang elektronik, fabrik serta minyak masak terpakai dikumpulkan dalam program itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman berkata, program itu merupakan usaha pihaknya dalam meningkatkan kesedaran kitar semula dalam komuniti, khususnya warga Johor Bahru.

“Menerusi program ini juga dapat mempromosikan inisiatif pusat kitar semula yang dijayakan oleh Yayasan JCorp di B5 Johor Street Market sejak November 2023. Hingga Disember 2024, Pusat

Kitar Semula ini berjaya mengumpul hampir lapan tan bahan kitar semula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, menerusi pengumpulan minyak masak terpakai telah memberi peluang kepada orang ramai memperoleh pendapatan sampingan dan menambah kesedaran berkaitan aktiviti kitar semula.

Sebagai pelengkap usaha kitar semula, program itu turut mengadakan kempen derma dan pertukaran buku yang bertujuan meningkatkan literasi serta mempromosikan amalan penggunaan semula sumber.

Inisiatif ini bukan sahaja memanjangkan jangka hayat buku, malah turut menghayati prinsip kelestarian dengan mengurangkan pembaziran.

Buku-buku yang didermakan akan disalurkan ke Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim di Johor Bahru dan ditukar dengan Perpustakaan Sultan Ismail bagi memperluaskan akses pembacaan serta menyokong inisiatif Mari Membaca untuk membantu kanak-kanak kurang berkemampuan membina minat terhadap pembacaan.

Zaidatul berkata, program itu turut melibatkan 20 usahawan kecil dan sederhanabagi slot ‘Upcycled Artisan Market’ yang mempamerkan pelbagai hasil seni kreatif daripada bahan kitar semula serta bengkel yang memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari teknik seni unik dan menggubah bahan terpakai menjadi karya seni yang bernilai.

Aktiviti itu bukan sahaja memartabatkan seni tempatan, malah menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam kalangan masyarakat.

Inisiatif penganjuran ‘Waste to Worders’ dan Pentas Seni Johor itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru; SWM Environment; Yayasan Warisan Johor dan B5 Johor Street Market.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya