‘Laa Chatine’ bantu tingkat pendapatan wanita - Utusan Malaysia

‘Laa Chatine’ bantu tingkat pendapatan wanita

JAMAL Abdul Nasir Yahya (lima dari kanan) bersama pengusaha beg Laa Chatine di Kampung Chatin, Mentakab di Temerloh, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Produk beg jenama ‘Laa Chatine’ di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani memberi pulangan lumayan kepada golongan suri rumah tangga, ibu tunggal dan belia di Kampung Chatin, Mentakab di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Chatin, Jamal Abdul Nasir Yahya berkata, sejak bermula pada 1 Disember tahun lalu, mereka menerima lebih 500 tempahan beg daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan penduduk daerah ini serta luar.

“Jenama Laa Chatine diilhamkan sempena nama kampung ini apabila bengkel kraf tangan Sejahtera Komuniti Madani dibuka hasil peruntukan sebanyak RM50,000 daripada kerajaan.

“Seramai 50 pengusaha terdiri daripada suri rumah tangga, ibu tunggal dan belia berusia antara 34 tahun hingga 62 tahun memperoleh kemahiran kraf tangan setelah mendapat bimbingan selama enam hari daripada pensyarah Kolej Komuniti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurut Jamal Abdul Nasir, JPKK dan pengusaha di situ berterima kasih kepada Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Khairur Rizal Ramli memberi idea menjana program itu yang memberikan pendapatan lumayan hasil jualan beg antara RM20 hingga RM35 seunit mengikut saiz dan kreativiti.

Seorang ibu tunggal, Normiza Osman, 62, berkata, penglibatannya dalam program tersebut untuk mengisi masa lapang selepas suaminya meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

“Saya bersyukur kerana memperoleh kemahiran baharu bidang kraf tangan membuat beg lelaki dan wanita untuk menambah pendapatan berbelanja keperluan dapur dan sebagainya selepas suami meninggal dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya