KPM tumpu laksana reformasi pendidikan tahun ini - Utusan Malaysia

KPM tumpu laksana reformasi pendidikan tahun ini

Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ruji Ubi (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sebangang, Lawas, Sarawak, Muhamammad Nazmi Rosli pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2025/2026 di Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, hari ini. Turut bersama, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan menyampaikan (dua, kanan). FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi tumpuan untuk melaksanakan reformasi pendidikan secara holistik pada sesi persekolahan tahun 2025/2026.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, pendekatan reformasi ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan pengurusan sekolah secara menyeluruh.

“Dalam amanat, saya memberi fokus bagaimana kita perlu memperkemaskan gerak kerja untuk menyambut reformasi pendidikan kerana kemenjadian anak-anak mesti berpaksi dan bermulanya daripada bilik darjah.

“Oleh itu, ada lapan keutamaan untuk tahun 2025 dan pendekatan ini adalah untuk memudahkan semua pengoperasi pendidikan sama ada di peringkat KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah mahu pun sekolah untuk melaksanakan reformasi ini dengan berkesan.

“Dan pada akhirnya, kita mampu untuk memastikan sekolah di seluruh negara menjadi sekolah yang berkualiti dan anak-anak ini menjadi anak generasi Madani yang kita hasratkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu menerusi amanat yang disampaikan, Azman berkata, lapan keutamaan yang menjadi fokus KPM adalah dalam mengatasi isu keciciran murid, pengukuhan kepimpinan pendidikan Madani, peningkatan profesionalisme guru dan penguasaan literasi dan numerasi murid.

Selain itu, katanya, KPM akan memastikan kesejahteraan sekolah, membentuk generasi Madani yang holistik, mengukuhkan pencapaian pentaksiran anatarabangsa dan mereformasi sekolah untuk kecemerlangan.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Azman memaklumkan, KPM sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya diperlukan dalam melaksanakan langkah pencegahan wabak kusta yang berlaku di Negeri Sembilan.

Katanya, bagaimanapun, setakat ini kementerian masih belum menerima apa-apa maklumat daripada KKM berkaitan perkara tersebut.

Pada 19 Februari lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dari Kampung Orang Asli Chergun, Kuala Pilah disahkan meninggal dunia akibat wabak kusta, manakala lapan lagi individu sedang dirawat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya