KPM mahu lima juta murid rasai aspirasi gagasan dasar Madani - Utusan Malaysia

KPM mahu lima juta murid rasai aspirasi gagasan dasar Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat memperluaskan Karnival Generasi Madani dan melibatkan lima juta murid secara menyeluruh supaya mereka dapat merasai sentuhan serta aspirasi berkaitan gagasan dasar Madani.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, bagi melahirkan pemimpin pada masa hadapan, penglibatan golongan itu sangat diperlukan.

“Seperti pada hari ini, seramai 3, 000 anak- anak genarasi Madani terlibat yang mana program ini telah berlangsung di semua peringkat sekolah KPM dengan hasrat menjayakan agenda Malaysia Madani.

“Banyak pengisian dan paling utama menyebut tentang bagaimana anak – anak ini yang akan kita bina secara holistik berdasarkan acuan Malaysia khususnya untuk memimpin Malaysia pada masa hadapan.

“Selain itu, pelbagai aktiviti dan juga penghayatan berkaitan prinsip dan rukun Madani yang telahpun kita hasratkan dibawah ini khusus untuk memastikan generasi Madani ini membawa aspirasi penting khususnya tentang sikap; nilai; daya cipta; inovasi dan juga membawa beberapa agenda penting manusiawi khususnya berkaitan ihsan dan saling perkukuh antara satu sama lain,”katanya ketika sidang media di Majlis Peluncuran dan Karnival Generasi Madani Kementerian Pendidikan Tahun 2025 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini, hari ini.

Fadhlina berkata, berdasarkan keberkesanan usaha ini nanti, beberapa pendekatan positif dalam dilihat termasuklah dari segi sikap.

“Keduanya, nilai program ini tentang penghayatan dan penerapan generasi Madani dan kita melihat sangat luar bisa semangat mereka dari segi keyakinan. Jadi ini menunjukkan dari aspek ekosistem Madani yang terapkan ini menunjukkan hasil yang sangat baik.

“Anak-anak ini mengadakan aktiviti masing – masing yang akan memperlihatkan bakat dan potensi mereka khususnya seni; inovasi; bahasa; muzik dan ini kita mahu merakamkan kepada semuanya melihat kejayaan penarapan generasi Madani ini bukan sahaja aktiviti biasa tapi nilai yang mereka angkat khususnya berkait rapat perpaduan; pengukuhan; integriti dan jati diri.

“Saya yakin dan percaya inilah yang kita perlukan anak- anak kita di masa hadapan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya