Kos penganjuran SUKMA 2026 dianggarkan RM250 juta

Sidang DUN Selangor: Kos penganjuran SUKMA 2026 dianggarkan RM250 juta

SUKMA Selangor
MOHD. NAJWAN HALIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kos bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di Selangor pada tahun hadapan dianggarkan berjumlah RM250 juta.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd. Najwan Halimi berkata, anggaran tersebut berdasarkan beberapa aspek yang turut melibatkan pengurusan sekretariat, persediaan atlet, penyediaan teknikal peralatan kelengkapan pertandingan, perkampungan sukan, logistik dan sistem teknologi.

“Anggaran jumlah peruntukan itu turut merangkumi media dan promosi, protokol dan hadiah, kecemasan dan keselamatan, majlis pembukaan dan penutup, larian obor, (bayaran) sukarelawan dan infrastruktur lokasi pertandingan.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri percaya akan ada penaja daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun swasta akan turut bersama membantu pelaksanaan penganjuran temasya SUKMA 2026,” katanya pada Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ke-15, hari ini.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze mengemukakan pertanyaan peruntukan bagi penganjuran temasya berkenaan.

Jelas Mohd. Najwan, cabaran yang dihadapi kerajaan negeri bagi menganjurkan SUKMA ke-22 adalah ketiadaan lokasi utama bagi menganjurkan temasya tersebut.

“Fasa satu Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dijangka siap pada pertengahan tahun 2027. Di samping itu, tempoh persediaan yang sangat singkat untuk kita bersedia menjadi tuan rumah iaitu dua tahun berbanding tempoh empat hingga enam tahun yang diberikan negeri yang menjadi tuan rumah sebelum ini.

“Justeru, beberapa lokasi veue pertandingan dikenal pasti yang boleh menganjurkan acara sukan dalam SUKMA ke-22. Semua lokasi pertandingan itu akan dinaik taraf dan diperbaiki untuk mengikut piawaian yang ditetapkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya