Kontrak pajakan helikopter merangkumi semua aspek selama 15 tahun - Khaled Nordin - Utusan Malaysia

Kontrak pajakan helikopter merangkumi semua aspek selama 15 tahun – Khaled Nordin

Mohamed Khaled Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kontrak pajakan helikopter yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan harga RM16.6 bilion merangkumi pakej menyeluruh selama 15 tahun.

Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbandingan kos yang dikeluarkan Poland dalam pembelian 32 unit helikopter jenis AW 149 dengan harga kira-kira RM8.5 bilion oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) hanya melibatkan helikopter tersebut.

“Benar, sepintas lalu nilai ini mungkin kedengaran lebih murah berbanding harga yang dibayar oleh kerajaan iaitu RM16.6 bilion. Sedangkan realitinya harga tersebut hanyalah harga pembelian helikopter.

“Ia merangkumi, antara lain penyelenggaraan dalam dan luar pangkalan seperti penyelenggaraan, pembaikan, dan operasi (MRO) dan simpanan alat gantian.

“Selain itu, latihan dan kursus kepada kira-kira 1300 juruterbang dan kru penerbangan turut diberikan. Pada masa sama, pemindahan kemahiran dan latihan berterusan kepada jurutera dan juruteknik agensi-agensi pengguna dapat dicapai.

“Penyediaan perlindungan insurans mencakupi aset, kesemua kru, penumpang dan pihak ketiga, dan kos pembiayaan atau peminjaman disertakan juga,” katanya pada sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Khaled berkata, kerajaan tidak perlu menguruskan kos-kos lain atau kos sampingan yang sememangnya tidak boleh dielakkan melalui pakej pajakan tersebut.

Beliau memberikan gambaran dengan mengambil contoh kos senggaraan helikopter jenis EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Bagi senggaraan 12 unit helikopter tersebut selama 15 tahun bermula dari 2014 hingga 2029, kita memperuntuk sebanyak kira-kira RM1.2 bilion bagi komponen badan dan sistem helikopter dan kira-kira RM650 juta bagi komponen enjin.

“Ini bermakna, sekarang ini kita membelanjakan sebanyak RM1.85 bilion bagi tujuan senggaraan 12 unit helikopter selama 15 tahun.

“Jumlah ini bersamaan dengan kira-kira RM154 juta bagi seunit helikopter. Dan perlu diingat, jumlah ini adalah berdasarkan kos atau harga yang telah bermula pada tahun 2014 lagi, iaitu 10 tahun lepas. Itu pun, dengan segala perbelanjaan ini, tahap kesiagaan kita berada di paras yang rendah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya