Konsep healing dengan alam semula jadi di Payo Campsite

Konsep ‘healing’ dengan alam semula jadi di Payo Campsite

Healing
Payo Campsite
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemulihan jiwa (healing) yang berkonsepkan alam semulajadi kini menjadi trending kepada golongan sasar menerusi aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Menyifatkan ia sebagai aktiviti yang positif untuk dilakukan, pemilik Payo Campsite, Datuk Seri Murni Sheikh Ahmad berkata, beliau mengambil inisiatif tersebut dengan menampilkan kelainan sekali gus lebih menghargai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan semula jadi.

Lebih menarik, apabila ditambah dengan pengalaman berkhemah di persekitaran kampung dan dusun yang bersih serta terkawal dilengkapi dengan pelbagai fasiliti, Jelas Seri Murni ia akan membuatkan para pengunjung lebih tenang daripada segala urusan dan kesibukan di ibu kota.

“Saya bercita-cita tinggi untuk tubuhkan satu pertubuhan dengan menggunakan konsep pemulihan yang bersekali dengan aktiviti secara semula jadi di sini. Kita tubuhkan sejak Mei 2023 dan kita sediakan pelabagi hospitaliti, pertanian penternakan, konsep healing, sewaan tapak, dan khemah.

Healing

“Untuk camper yang hendak buat majlis kecil atau sebarang aktiviti, kita ada sediakan aktiviti untuk bakar kambing, sukan gathering mengikut kesesuaian camper dan ke semuanya mengikut kepada permintaan mereka,” katanya baru-baru ini.

Menggunakan tanah adat yang terbiar seluas 2.4 hektar ini, Seri Murni dan suami ternyata bijak memanfaatkan sepenuhnya lokasi ini.

Seri Murni berkata, idea untuk membuka Payo Campsite ini tercetus selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman sebelum ini mengalu-alukan mana-mana pihak untuk memajukan tanah adat yang terbiar di kawasan Johol.

Mengulas lanjut, Seri Murni turut berkata, Payo Campiste ini juga dikatakan sesuai untuk mereka yang ingin menjalankan aktiviti di sungai, mini theme park, memanah, catur, badminton, bola tampar, catur, karom dan hammock.

“Ia lebih kurang dengan pelancongan agro, mereka yang ingin datang perlu buat tempahan di laman web kami tersebih dahulu dan ada pihak pekerja dan pengurusan yang akan membantu mereka. Di sini pun saya sudah buat kolam ikan, pertanian. Dalam masa yang sama kita juga ada mengeluarkan produk Payo Campsite sendiri seperti dendeng, ikan masin telang, bawang goreng dan sebagainya,” ujarnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN