Komplot seleweng diesel untuk perlombongan haram dibongkar

Komplot seleweng diesel untuk perlombongan haram dibongkar

ANGGOTA KDPN Kelantan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah tangki selepas menyerbu sebuah kawasan perlombongan bijih besi haram di Kampung Pasir Era, Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan-IHSAN KPDN KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Komplot penyelewengan lebih 15,000 liter diesel untuk tujuan perlombongan bijih besi haram di Kampung Pasir Era, Kuala Nal di sini terbongkar selepas diserbu anggota penguat kuasa kelmarin.

Dalam serbuan pukul 9.45 pagi anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubur berjaya menahan empat lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, terdahulu sebelum serbuan pihaknya telah mengesan sebuah lori tangki jenis Hino yang membawa diesel itu telah memasuki kawasan tapak perlombongan dipercayai tidak berlesen.

Menurutnya, semasa serbuan dijalankan mendapati salah seorang suspek sedang memegang paip besi dipercayai sedang cuba memindahkan bahan api itu ke dalam sebuah lori.

“Kita turut mendapati enjin lori masih dihidupkan dan satu saluran paip getah disambungkan ke dalam sebuah tangki.

“Susulan itu kita telah menyita beberapa barang bukti termasuk sebuah lori tangki, paip getah, serta dokumen berkaitan transaksi jual beli,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, salah seorang suspek yang ditahan itu merupakan seorang pemborong berlesen.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya