Klinik Bola Sepak Jalan Terus cungkil bakat baharu di Pulau Pinang

Klinik Bola Sepak Jalan Teruih cungkil bakat baharu di Pulau Pinang

SEBAHAGIAN daripada peserta yang mengikuti Klinik Bola Sepak Jalan Teruih peringkat daerah Timur Laut di Padang Polo, George Town, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa sukan bola sepak, kumpulan sukarelawan Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong iaitu Kolektif Jalan Terus telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu klinik bola sepak di Padang Polo, di sini, semalam.

Dikenali sebagai Klinik Bola Sepak Jalan Teruih, penganjuran di peringkat daerah Timur Laut itu berjaya direalisasikan hasil kerjasama daripada Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Pulau Pinang (EX Penang).

Koordinator kumpulan sukarelawan terbabit, Mohd. Nazirullah Nordin berkata, melalui penganjuran tersebut, pihaknya berharap dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan itu di peringkat akar umbi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa depan.

Untuk itu katanya, Klinik Bola Sepak Jalan Teruih juga akan diadakan di semua lima daerah di Pulau Pinang selepas ini dengan acara kemuncak siri jelajah berkenaan iaitu karnival bola sepak akan diadakan sebagai acara penutup nanti.

“Bagi daerah Timur Laut ini, sambutan yang kita terima cukup mengagumkan apabila 100 peserta mengambil bahagian menerusi empat kategori yang dipertandingkan iaitu bawah lapan tahun, 10 tahun, 12 tahun serta bawah 14 tahun.

“Para peserta dikehendaki menjalani pelbagai latihan sebelum ujian dilakukan pada penghujung sesi klinik. Istimewanya, penglibatan ibu bapa peserta juga ditekankan dalam klinik ini sebagai sebahagian daripada ekosistem seorang pemain bola sepak itu sendiri.

“Mereka (ibu bapa) diberikan taklimat berkaitan hala tuju anak masing-masing dalam sukan ini. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan sokongan yang boleh diberi kepada anak dari segi motivasi, persediaan pemakanan, penjagaan kesihatan dan lain-lain,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, perasmian Klinik Bola Sepak Jalan Teruih itu disempurnakan oleh Pegawai Tugas Khas Steven Sim iaitu Edry Faizal Eddy Yusof dengan dihadiri oleh Penasihat EX Penang, Datuk Seri Syed Mohamad Syed Murtaza.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya