Kerajaan tiada kuasa kawal bayaran hospital swasta

Kerajaan tiada kuasa kawal bayaran hospital swasta

Dr. Dzulkefly Ahmad-JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai kuasa mengawal selia sebarang bayaran hospital swasta seperti caj perkhidmatan kejururawatan, peralatan perubatan, alat pakai buang dan ujian makmal.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan mengawal harga siling atau had maksimum bayaran konsultasi dan bayaran prosedur melalui penguatkuasaan Jadual Ketujuh dan Jadual Ketiga Belas dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Kata beliau, kerajaan berusaha memperkenalkan sistem pembayaran Diagnosis-Related Groups (DRGs) secara berfasa.

Jelasnya, langkah itu sebagai pendekatan mengawal bil hospital secara menyeluruh selain mengelakkan kesan yang tidak diingini dan tanpa meningkatkan kos pemprosesan dan pembayaran bil.

“Kerajaan komited mengkaji semula dan menambah baik Akta 586 dan jadual yang berkaitan ke arah pengawal bil hospital secara menyeluruh daripada sistem pembayaran sedia ada, iaitu bayaran-untuk-pembayaran (fee-for-service), kepada sistem bayaran DRGs,” katanya di Dewan Rakyat pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Kesihatan.

Dzulkefly berkata, sejumlah 6,919 pegawai perubatan meletakkan jawatan bagi tempoh empat tahun bermula 2020 hingga 2024.

Katanya, jumlah itu membabitkan 1,856 pegawai perubatan tetap, 3,846 pegawai perubatan kontrak dan 1,217 pakar perubatan.

“Bagaimanapun, antara tahun 2020 hingga 2024, Kementerian Kesihatan telah melahirkan seramai 4,776 pakar perubatan.

“Pada 2025 pula, dijangka seramai 900 orang pakar akan ditempatkan di fasiliti-fasiliti kesihatan yang memerlukan.

“Selain itu, sehingga 31 Januari lalu, seramai 6,211 pegawai perubatan sedang mengikuti latihan kepakaran Kementerian Kesihatan meliputi 5,519 pegawai dalam program Sarjana Perubatan dan 692 dalam program Parallel Pathway,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Dzukefly berkata, pihak kementerian juga telah melantik tetap seramai 13,349 pegawai perubatan kontrak bagi tempoh 2020 hingga 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya