Keluarga reda Allah pinjamkan Hud Aryan selama 19 bulan

Keluarga reda Allah pinjamkan Hud Aryan selama 19 bulan

JENAZAH Hud Aryan Mohd. Nur Hafifi dibawa masuk ke liang lahad untuk di kebumikan di Tanah Perbukuran Islam Kampung Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Pasangan suami isteri reda dengan pemergian anak tunggal mereka Hud Aryan Mohd. Nur Hafifi yang ditemukan lemas di celahan pokok selepas Allah memberikan tanggungjawab selama 19 bulan untuk menjaga kanak-kanak tersebut.

Bapa kepada arwah Hud Aryan Mohd. Nur Hafifi Saidi, 34, berkata, dia dan isteri, Azean Nur Atikah Ramley, 34, reda dengan pemergian arwah anaknya kerana Allah SWT lebih menyayanginya.

“Alhamdulillah, urusan pengebumian arwah Hud Aryan berjalan dengan lancar sehingga ke liang lahad.

“Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang membantu mencari arwah Hud Aryan,” katanya kepada pemberita selepas pengkebumian arwah Hud Aryan awal pagi tadi.

Jenazah Hud Aryan Mohd. Nur selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Tiga di sini pada pukul 2 pagi.

Terdahulu, jenazah kanak-kanak itu disolatkan oleh penduduk kampung di Masjid Mukim Kuala Tiga di sini.

Seramai hampir 100 orang termasuk ahli keluarga hadir untuk mengiringi jenazah kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan itu ke tanah perkuburan.

Utusan Online semalam melaporkan, jasad Hud Aryan yang hilang di rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini malam Isnin lalu akhirnya dijumpai lemas selepas dihanyutkan arus ke Sungai Kerilla dekat sini kira-kira pukul 4.15 petang semalam.

Mayat itu dijumpai lengkap berpakaian oleh anggota bomba kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata, mangsa ditemui tersangkut celah pokok di dalam sungai berkenaan dan tiada sebarang kecederaan ditemui pada anggota badan kanak-kanak itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya