Kecewa belum dapat duduki rumah dijanji pemaju

Kecewa belum dapat duduki rumah dijanji pemaju

KETUA Pemuda KIMMA, Syed Alwi Syed Jaafar (kiri) mendengar keluhan pembeli rumah di Taman Pinggiran Bayu, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 200 pembeli rumah di Taman Pinggiran Bayu, Seremban 2 di sini kecewa apabila mendakwa pemaju projek perumahan tersebut masih gagal menyerahkan kunci rumah kepada pembeli seperti yang dijanjikan iaitu pada Disember 2023.

Terbaharu mereka mendakwa, pihak pemaju telah menjanjikan sekali lagi iaitu rumah boleh diduduki pada bulan ini namun sehingga kini ia masih belum menjadi kenyataan.

Seorang pekerja swasta, Muhammad Amjheed Khan Noordin, 26 berkata, meskipun pelbagai janji diberikan namun realitinya pembeli telah menunggu lama tanpa sebarang perkembangan dan makluman yang memuaskan hati.

“Impian untuk mendiami seakan tiada jalan malah nasib kami sebagai pembeli juga seolah tidak terbela.

“Kami dijanjikan rumah boleh didiami pada bulan ini dan pada sangkaan, ia satu berita gembira kerana boleh meraikan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal di rumah baharu namun hakikatnya tidak, cukup-cukuplah berjanji, kami semua sudah jemu, kami hanya mahukan rumah yang dibeli dapat didiami segera,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi pembeli, Mohamad Faiz Ishak, 34, berkata, dia kini terpaksa menanggung beban kos rumah sewa yang didiami ketika ini iaitu sebanyak RM1,000 sebulan, selain bayaran ansuran pembiayaan perumahan yang dibelinya.

“Sepatutnya kami boleh diami rumah yang dibeli ini pada Disember 2023 selepas menandatangani perjanjian jual beli pada 2021, tetapi agak kecewa sebab tiada sebarang makluman tepat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya