KDN FC kukuhkan kedudukan di dasar Liga Super

KDN FC kukuhkan kedudukan di dasar Liga Super

Tchetche Kipre (kiri) cuba merampas bola dari pemain KDN FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-IHSAN KELANTAN DARUL NAIM FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus mengukuhkan kedudukan di dasar Liga Super selepas merekodkan kekalahan ke-17 musim ini apabila tumpas 0-3 kepada Kuching City FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, Kuching City membuka jaringan seawal minit kedua melalui tandukan mudah Jordan Mintah hasil kesilapan barisan pertahanan KDN FC yang mencetuskan situasi sedikit kelam kabut di hadapan gawang.

Tiga minit berselang, Mintah sekali lagi menewaskan penjaga gawang tuan rumah, Muhammad Alfaiz Zula’amin untuk jaringan kedua Kuching City.

Ketinggalan dua gol, KDN FC cuba bangkit memberi saingan, namun dilihat berdepan kesukaran untuk mengatasi kelebihan fizikal dan kualiti yang dimiliki barisan pemain ‘The Cats’.

Kuching City terus tenang dan selesa merencana serangan ke arah kubu Sang Kijang Emas, namun tiada lagi jaringan terhasi dan kedudukan kekal 0-2 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, ‘The Cats’ terus selesa memimpin perlawanan dan kekal tenang dalam merencana serangan untuk mencari gol tambahan.

Tchetche Kipre memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gawang KDN FC dengan umpanan menarik yang membolehkan Mintah menjaringkan gol ketiga Kuching City pada minit ke-58 sekali gus melengkapkan jaringan hatriknya.

Kuching City kemudian dihadiah sepakan penalti pada minit ke-78 apabila Kipre dijatuhkan oleh pemain petahanan KDN FC ketika cuba menggempur kubu pasukan tuan rumah.

Peluang keemasan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan oleh Kipre apabila sepakannya pada minit ke-80 berjaya ditangkap kemas oleh Muhammad Alfaiz.

Menuju minit-minit akhir perlawanan, barisan pemain KDN FC kendalian Penolong Ketua Jurulatih, Rezal Zambery Yahya mengerah tenaga untuk sekurang-kurangnya mencari gol sagu hati, namun terus gagal menembusi kubu pelawat.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 0-3 dan Kuching City kekal di tangga kelima manakala KDN FC terus menghuni kedudukan tercorot Liga Super.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya