Kawasan rendah di Kuala Krai mulai ditenggelami air

Kawasan rendah di Kuala Krai mulai ditenggelami air

KAWASAN Masjid Chenulang, Kuala Krai, Kelantan mula ditenggelami air susulan hujan lebat sejak semalam.-IHSAN PENDUDUK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Beberapa kawasan rendah di daerah ini mula ditenggelami air susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Kampung terlibat ialah Chenulang, Sungai Pas, Bedal dan beberapa lagi kawasan rendah yang lain.

Timbalan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Krai, Leftenan Pertahanan Awam
Mohd. Razman Ramli berkata, situasi ketika ini masih terkawal dan proses pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara masih belum dijalankan.

“Nasihat saya kepada penduduk supaya peka dengan situasi semasa dan patuh dengan arahan dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

“Setiap kali hujan berterusan penduduk di Kuala Pertang akan terputus hubungan. Hal ini kerana kedudukan jambatan itu rendah,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya