Kastam temui 545.35 kg kanabis bernilai RM1.69 juta di pesisir pantai - Utusan Malaysia

Kastam temui 545.35 kg kanabis bernilai RM1.69 juta di pesisir pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis kanabis seberat 545.35 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM1.69 juta di kawasan pesisir pantai di Kuala Perlis, Perlis pada 5 Februari lalu.

Operasi khas dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM dengan kolaborasi dari Cawangan Narkotik dan Cawangan Risikan Ibu Pejabat JKDM serta Pasukan Medan Tempur Operasi Kastam (COBRA).

Penolong Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan), Raizam Setapa @Mustapha berkata, operasi kira-kira 2 pagi itu menemukan sebanyak 25 guni beras bertulisan negara jiran yang mengandungi 499 ketulan mampat bahan tumbuhan hijau disyaki kanabis seberat 545.35 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.69 juta.

Katanya, siasatan mendapati modus operandi sindiket menggunakan laluan laut dari negara jiran dengan mencampakkan guni-guni berisi dadah di pesisir pantai.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

“Kita juga meminta orang ramai untuk membantu JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti-aktiviti tersebut.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya