Kanak-kanak Kristian sertai program berkhatan

Kanak-kanak Kristian sertai program berkhatan

Berkhatan
ANTARA kanak-kanak yang menyertai program berkhatan itu dekat Masjid Ar-Rahman Pandamaran Jaya, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Hasrat seorang kanak-kanak lelaki beragama Kristian untuk berkhatan selepas beberapa kali tertunda akhirnya tercapai apabila dikhatan secara beramai-ramai hari ini.

Emmanuel Samuel, 12, antara 106 peserta Program Khatan Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diadakan Masjid Ar-Rahman Pandamaran Jaya, di sini.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia sebelum ini mahu berkhatan, namun belum bersedia dan mencari waktu yang sesuai.

“Namun, kini usia saya makin beranjak dewasa dan mahu memenuhi kewajipan berkhatan bagi menjaga kebersihan diri.

“Memang gementar, tetapi saya teruja kerana dapat berkhatan bersama rakan lain serta ditemani ahli keluarga,” kata murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pandamaran Jaya itu.

Terdahulu, program tahunan anjuran masjid itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri dan Nazirnya, Norzaki Sayuti.

Kesemua kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun itu dibawa berarak menaiki dua lori di sekitar Pandamaran Jaya sebelum disiram air dengan jentera bomba dan dikhatankan secara laser.

Ibu Emmanuel, Virginia Econnor, 40, pula memberitahu, dia menghargai keterbukaan pihak penganjur menawarkan program berkenaan kepada masyarakat bukan Islam.

“Saya mengetahuinya menerusi kumpulan aplikasi WhatsApp awal bulan lalu dan gembira dapat menyertainya. Kos berkhatan yang ditawarkan juga murah iaitu hanya RM50 berbanding sehingga RM300 jika dilakukan di klinik swasta,” ujar suri rumah dari Miri, Sarawak itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya