‘Kalau betul nak tolong orang Melayu, ini caranya’

‘Kalau betul nak tolong orang Melayu, ini caranya’

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hak pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum dijamin menerusi Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang menyaksikan mereka tidak akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, status tanah yang asal kekal, sama ada rizab Melayu atau status kekal (hak milik kekal) tidak akan berubah.

“Kerajaan akan pastikan setiap pemilik asal memahami hak dan perlindungan yang diberikan kerana dalam mana-mana negara yang pesat membangun akan muncul bandar-bandar berkembang dan pasti ada bandar yang tidak selamat, bangunan di kawasan sesak dan miskin serta projek terbengkalai.

“RUU itu sudah dibincangkan sejak 2012. Pada 2013, ia diusulkan dan seterusnya 2015 proses penggubalan dimulakan.

“Saya tidak faham kenapa soal gopoh dibangkitkan sekarang,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini semalam.

Terdahulu, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) meminta Anwarmenyatakan komitmen kerajaan mengenai cadangan Rang Undang-Undang (RUU) URA yang akan memastikan tiada pemilik tanpa mengira kaum diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Men­teri berkata, dengan mengambil kira contoh keadaan yang berlaku di Flat Sri Perlis yang daif, sudah tentu kerajaan perlu membangunkan kawasan tersebut bagi memberi keselesaan kepada penduduk khususnya orang Melayu.

“Kita tidak boleh biarkan begitu sahaja, maka perundingan harus dimulakan.

“Tetapi ada kes seperti yang kita tahu iaitu projek rumah pangsa di Jalan Tun Razak, semua bersetuju, tetapi ada seorang tidak bersetuju. Sampai sekarang lapuk, lembab, daif di tengah kota.

“Apakah kita boleh korbankan seluruh projek yang dipersetujui 99 peratus disebabkan seorang? Sebab itu ada ambang persetujuan yang kita jalankan.

“Kalau bangunan itu kurang 30 tahun, 80 peratus kena setuju, barulah mulakan rundingan. Kalau 75 peratus adalah untuk bangunan yang lebih 30 tahun, dan 51 peratus simple majoriti bagi rumah terbiar atau terbengkalai,” ujarnya.

Katanya, beliau memberi jaminan RUU tersebut akan terus berpegang kepada prinsip selaras kehendak perkara 13 Perlembagaan Persekutuan dengan tidak akan mengenepikan prinsip perundangan sedia ada.

“Ini cara kita nak bantu, saya tidak sanggup melihat kawasan-kawasan yang daif, tidak timbul rizab Melayu atau bukan.

“Kalau betul nak tolong Melayu, ini cara dia, orang miskin yang kita gunakan seluruh tenaga untuk menjanakan mereka, contohnya Razak Mansion harga rumah terus naik, kawasan naik, jadi 800 kaki dari asal 400 kaki persegi,” ujar beliau.

Anwar berkata, Projek Tebatan Banjir Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok akan dilaksanakan secara serentak dan tidak lagi mengikut fasa,1,2 dan 3 sebagaimana dirancang sebelum ini.

Menurutnya, pelaksanaan serentak itu dibuat bagi memastikan projek dapat disiapkan lebih awal, sekali gus mengurangkan risiko bencana banjir yang sering melanda Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Katanya, kerajaan Kelantan turut memberi jaminan mempercepatkan proses pengambilan tanah dalam tempoh enam bulan berbanding perancangan asal yang mengambil masa sehingga 24 bulan membabitkan keseluruhan fasa.

“Sekarang keputusan kita sekalikan perlaksanaan ketiga-tiga fasa projek itu, tetapi dengan menyegerakan bermakna kerajaan perlu menambah RM2 bilion tetapi pada masa sama bila kita menyegerakan, penjimatan kos ketiga fasa PLSP Sungai Golok itu kita jimat 1.7 bilion,

“Sebab itu saya katakan soal tata kelola, ketelusan projek harus dijaga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya