Kadar Zakat Fitrah Selangor RM7, RM15, RM22

Kadar Zakat Fitrah Selangor RM7, RM15, RM22

Zakat Fitrah Selangor
KADAR Zakat Fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun 2025 ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bayaran Zakat Fitrah bagi Selangor bagi tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 mengikut gred dan jenis beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini.

Kadar tersebut meningkat bagi ketegori individu yang menjadikan, beras perang, beras pulut, beras wangi dan beras merah sebagai makanan harian iaitu RM14 pada tahun lalu.

Sementara kadar RM22 seorang pula adalah bagi mereka yang menjadikan herba poni, beras basmathi dan beras Jepun sebagai makanan ruji berbanding RM21.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam kenyataannya berkata, penetapan ini dibuat berdasarkan pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.

“Kadar zakat fitrah RM7 seorang ditetapkan untuk umat Islam yang menjadikan beras putih tempatan dan beras putih import sebagai makanan harian.

“Ini merupakan kadar minimum wajib seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor,” katanya, hari ini.

Tambahnya, LZS turut menggunakan kupon fitrah berwarna bagi memudahkan pembayaran mengikut kadar yang ditetapkan.

“Kupon hijau mewakili kadar RM7, kupon merah bagi RM15 dan kupon oren untuk RM22, selaras dengan jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat. Sepanjang Ramadan ini, LZS telah melantik 2,836 Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh Selangor bagi memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah.

“Orang ramai diingatkan untuk menunaikan zakat fitrah kepada PAF bertauliah yang dikenal pasti melalui kad tauliah dan sijil lantikan rasmi daripada LZS,” jelasnya.

Kata kenyataan itu lagi, pembayaran zakat fitrah juga boleh dilakukan melalui 18 Penolong Amil di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta 97 Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Swasta di Selangor.

LZS turut menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan selamat seperti EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my, perbankan internet, portal MyEg, Pos Online, aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost.

“Umat Islam di Selangor digalakkan membayar zakat fitrah lebih awal bagi memudahkan agihan zakat kepada golongan yang memerlukan.

“LZS akan membuka 19 cawangannya di seluruh negeri setiap hari termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini bagi memudahkan masyarakat. Waktu urusan pada hari bekerja bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, cawangan LZS akan dibuka bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya