Jubli Perak peringati 25 tahun Raja Perlis bertakhta

Jubli Perak peringati 25 tahun Raja Perlis bertakhta

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail (tengah) berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Logo Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Perlis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ber­kenan menyempurnakan majlis pelancaran logo sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda yang bakal disambut pada 17 April ini.

Berangkat sama pada majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut dihadiri Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail.

Logo rasmi sambutan Jubli Perak pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Raja Perlis itu direka khas bagi memperingati pemerintahan baginda selama 25 tahun.

Reka bentuk logo tersebut menampilkan tujuh elemen utama yang melambangkan kebesaran, kestabilan dan kemakmuran negeri ini di bawah kepimpinan bagindatermasuklah gambar Tengkolok Putra Julang Darjat terletak pada bahagian atas logo berkenaan yang merupakan tengkolok rasmi Raja Perlis.

Tengkolok berkenaan menggambarkan kedaulatan, kebesaran, warisan institusi Diraja Perlis, keadilan dan kewibawaan pemerintahan baginda.

Perkataan Jubli Perak juga ditulis dalam kaligrafi Arab bagi mencerminkan warisan Islam yang merupakan teras dalam budaya negeri ini.

Angka 25 pada simbol utama pula melambangkan dua dekad setengah pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin manakala pemilihan warna keemasan menggambarkan kejayaan, kestabilan dan kecemerlangan yang dikecapi negeri ini sepanjang tempoh tersebut.

Tulisan Jawi tertera nama ‘Syed Sirajuddin Jamalullail’ dengan motif ‘Pelita’ atau ‘Siraj’ melambangkan cahaya kebijaksanaan yang mencerminkan peranan baginda sebagai pemayung, penerang haluan negeri, memimpin ke arah kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Jata Diraja Perlis juga dimasukkan sebagai lambang kebesaran kerajaan negeri dan kesinambungan warisan Diraja Wangsa Jamalullail bersama angka 2000-2025 yang merupakan garis masa pemerintahan baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya