JPJ Kelantan keluarkan 6,343 notis dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina

JPJ Kelantan keluarkan 6,343 notis dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina

MOHD. Misuari Abdullah(dua kanan) bersama pegawai memeriksa buku log perjalanan bas semasa Ops Khas Tahun Baharu Cina di Stesen JPJ Bukit Jawa, Selising, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 6,43 notis saman sepanjang Ops Khas Tahun Baharu Cina di negeri ini bermula 20 Januari hingga semalam. 

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, daripada jumlah itu 5,158 notis saman JPJ(P)22 telah dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 16,577 buah kenderaan sepanjang tempoh berkenaan.

“Sebanyak 542 notis melibatkan larangan penggunaan kenderaan PG1 telah dikeluarkan dan 485 pula untuk kesalahan di bawah Seksyen 61 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau arah periksa.

“Bagi notis lain di bawah Seksyen 114, 115 dan 63 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 82 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 telah dikeluarkan sepanjang tempoh berkenaan,” katanya semasa sidang media Penutup Ops Khas Tahun Baharu Cina di Stesen JPJ Bukit Jawa, Selising di sini malam tadi.

Mohd. Misuari memberitahu, pihaknya juga telah menyita 28 buah kenderaan seperti lori, kereta, trak pikup dan motosikal.

Katanya, kesemua kesalahan itu direkodkan hasil pemeriksaan ke atas 3,475 buah kenderaan.

Mohd. Misuari berkata, sepanjang tempoh itu JPJ Kelantan telah menahan seorang pemandu bas berusia 30-an yang dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Katanya, pemandu telah ditahan di terminal bas sebelum kenderaan tersebut bergerak dan membawa penumpang ke Johor Baharu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya